Reman suspek kes jasad reput dalam tilam disambung 7 hari
MELAKA – Tempoh reman suspek kes pembunuhan membabitkan penemuan satu jasad reput dalam balutan tilam dengan tangan terikat di sebuah rumah kedai di kawasan Pokok Mangga, dekat sini disambung tujuh hari lagi bermula hari ini.
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, tempoh tahanan reman suspek yang juga lelaki tempatan berumur 40 tahun itu dilanjutkan bagi membantu siasatan kes.
“Polis masih menunggu arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, satu jasad reput dipercayai mangsa bunuh ditemukan dengan tangan terikat dan dibalut dalam tilam di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga, Melaka.
Hasil siasatan awal, polis mengesyaki insiden itu berlaku dalam tempoh antara dua minggu hingga sebulan berdasarkan proses pereputan jasad yang teruk sehingga jantina dan identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan lanjut kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





