Mojtaba Khamenei berlindung di lokasi rahsia, komunikasi guna rangkaian kurier
WASHINGTON – Pemimpin tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei dilaporkan berada di lokasi rahsia dengan akses yang sangat terhad kepada dunia luar susulan kebimbangan terhadap ancaman keselamatan yang berterusan.
Menurut laporan CBS News yang memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS), Mojtaba hanya boleh dihubungi melalui rangkaian kurier khas yang kompleks, sekali gus menyukarkan komunikasi dengan pihak luar termasuk dalam kalangan pegawai kerajaan Iran sendiri.
Sumber berkenaan mendakwa, situasi itu turut menjejaskan proses rundingan antara Teheran dan Washington, apabila maklum balas terhadap cadangan yang dikemukakan oleh pentadbiran AS mengambil masa yang lebih lama untuk diterima.
Dua pegawai yang mengetahui perkara tersebut berkata, kelewatan komunikasi menjadi antara faktor yang memperlahankan perkembangan perbincangan berkaitan kemungkinan perjanjian baharu antara kedua-dua negara.
Bagaimanapun, jurucakap Rumah Putih enggan mengulas mengenai laporan perisikan berkaitan lokasi atau kaedah komunikasi pemimpin Iran itu.
BACA JUGA:
Mojtaba Khamenei terlibat rundingan rundingan gencatan senjata meskipun dalam rawatan
Kami tidak mahu berperang dengan AS – Mojtaba Khamemei
Mojtaba Khamenei masih dalam keadaan koma?
Seorang pegawai kanan pentadbiran AS bagaimanapun dilaporkan berkata, Mojtaba telah bersetuju dengan rangka asas draf perjanjian yang sedang dibincangkan.
Dalam perkembangan sama, Presiden AS, Donald Trump menerusi platform Truth Social menyatakan beliau menjangkakan keputusan muktamad berhubung perkara itu dapat dicapai dalam tempoh beberapa hari lagi.
Mojtaba dikatakan memperketat langkah keselamatan selepas dilaporkan cedera dalam serangan gabungan AS dan Israel menerusi Operasi Epic Fury.
Beliau juga dipercayai mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan nasib sama yang menimpa bapanya, Ayatollah Ali Khamenei.
Sejak konflik tercetus, Mojtaba dilaporkan tidak lagi muncul atau membuat sebarang kenyataan rasmi kepada umum.
Sementara itu, seorang pegawai mendakwa maklumat perisikan yang diperoleh AS dan Israel daripada sumber dalam kerajaan Iran telah membantu mengenal pasti sebahagian besar kepimpinan kanan negara itu sepanjang konflik berkenaan.
Sumber sama turut mendakwa ramai pemimpin tertinggi Iran kini berlindung di kubu bawah tanah yang diperkukuhkan dan jarang keluar atas faktor keselamatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

