BERITA SEMASAPOLITIK

Onn Hafiz kekal pilihan BN terajui Johor menjelang PRN

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) mengesahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan terus menjadi wajah utama parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan mengekalkan Onn Hafiz sebagai ‘poster boy’ dibuat berdasarkan keyakinan terhadap prestasi pentadbiran negeri di bawah kepimpinannya serta pertimbangan kepimpinan parti.

“Insya-Allah, atas perkenan Tuanku (Sultan Johor, Sultan Ibrahim), kita akan mengekalkan ‘poster boy’ yang sedia ada iaitu Menteri Besar Johor (Onn Hafiz),” katanya memetik laporan Kosmo! Online selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera, di sini hari ini.

Menurut beliau, BN akan terus mengekalkan pendekatan yang konsisten dalam menentukan calon dan kepimpinan negeri bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang stabil.

Sementara itu, Ahmad Zahid menolak dakwaan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mencerminkan keretakan hubungan politik antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri Johor yang ada ketika ini merupakan kerajaan BN yang dibentuk sebelum penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Kerajaan negeri Johor adalah kerajaan Barisan Nasional, bukan kerajaan Perpaduan. Ia terbentuk sebelum kewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button