Program Korban Kasih semarak semangat bergotong royong, kebersamaan
CYBERJAYA – Semangat bergotong royong dan kebersamaan terus menjadi kunci kepada pelaksanaan Program Korban Kasih anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sepang dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Balai Bomba Cyberjaya, di sini pagi tadi.
Pada program hari ini, sebanyak 50 ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan hasil penyertaan warga kementerian dan jabatan serta sumbangan daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kira-kira 500 petugas yang terdiri daripada warga kementerian, jabatan dan agensi turut sama berganding bahu menjayakan ibadah korban serta proses penyediaan dan pengagihan daging korban.
Program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Dr. Nor Azman Taib; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Ts. Nor Hisham bin Mohammad; Yang di-Pertua Majlis Pebandaran Sepang, Dr Ani Ahmad dan Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim.
Aiman Athirah ketika ditemui berkata, program berkenaan turut berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk wakil daripada 38 kampung tradisi di sekitar Sepang, selain mendapat kerjasama erat daripada agensi-agensi di bawah KPKT.

āAlhamdulillah, program ini berjaya menghimpunkan pelbagai pihak termasuk JBPM, KPKT, Majlis Perbandaran Sepang, Pejabat Daerah Sepang, ketua-ketua kampung dan NGO dalam menjayakan ibadah korban serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti,ā katanya.
Beliau kemudiannya memberitahu, daging korban yang disediakan akan diagihkan kepada kira-kira 2,500 penerima melibatkan penduduk sekitar Sepang dan golongan yang memerlukan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








