Belanjawan 2024 tertinggi, peruntuk RM393.8 bilion
KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM393.8 bilion bagi Belanjawan 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan ini merupakan yang tertinggi pernah dibentangkan.
“Daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion bagi simpanan luar jangka,” kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata, perbelanjaan tersebut melibatkan penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.
“Penambahan ini menunjukkan, Kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang (expansionary fiscal stance) walaupun pada masa yang sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat,” kata Perdana Menteri lagi.