JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki tikam leher wanita dituduh di mahkamah esok

ALOR SETAR – Lelaki yang didakwa menikam leher seorang wanita dalam kereta di Titi Gajah, Kepala Batas, 17 Mei lalu, akan dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali.

Dalam kejadian pukul 9.19 malam itu, seorang wanita berusia 35 tahun cedera selepas dipercayai ditikam rakan lelakinya di dalam kereta di hadapan sebuah restoran.

Bagaimanapun, suspek melarikan diri sebelum ditahan polis kira-kira empat jam kemudian.

Pisau yang dipercayai digunakan suspek ditemui keesokan harinya di kawasan sawah berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, dalam sidang media sebelum ini berkata, kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu atau cinta tidak berbalas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button