BERITA SEMASA

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Turkiye untuk lawatan khas

JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Turkiye hari ini bagi mengadakan lawatan khas.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, lawatan itu termasuk menghadiri Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard.

johor
Pesawat yang membawa Raja Zarith Sofiah berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 9 pagi tadi.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi tiga paduka anakanda iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar,” kata kenyataan tersebut.

Pesawat peribadi Raja Zarith Sofiah dilaporkan berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 9 pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button