BERITA SEMASA
PRN Johor: BN tidak khianati Kerajaan Perpaduan – Zambry
KUALA LUMPUR – Dakwaan Barisan Nasional (BN) mengkhianati Kerajaan Perpaduan susulan keputusan yang diumumkan oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk bertanding kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah tidak timbul.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi PRN akan datang selaras pandangan semua pihak dalam parti komponen BN Johor.
“BN berpendirian persefahaman dan asas pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Ke-15 adalah atas tanggungjawab kenegaraan untuk mengelak Malaysia terjerumus dalam polemik politik yang berpanjangan dan persefahaman ini disepakati hingga mandat berakhir, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, BN akan terus memainkan peranan memelihara kestabilan kerajaan dan kesejahteraan rakyat.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






