TM ISTAF World Cup 2026: Malaysia bermula garang, tundukkan Singapura dalam acara kuadran
KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw negara membuka kempen TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026 dengan langkah kanan selepas menewaskan Singapura dalam aksi acara kuadran peringkat awal Kumpulan C, hari ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada jam 12 tengah hari, Malaysia mencatat kemenangan 2-0 ke atas Singapura dengan keputusan set 9-15, 13-15 dalam acara kuadran.
Malaysia menurunkan barisan pemain Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalri Aiman Halim, Muhammad Fetri Mohd Halim, Amirul Zazwan Amir, Aidil Aiman Azwawi dan Jefri Ahmad yang diketuai pengurus pasukan, Datuk Abu Jimi Samad serta dibimbing jurulatih Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif.
Sementara itu, Singapura diwakili Mohamad Fairuz Azahari, Hairul Fizly Abdullah, Youri Adli Fathullah Ahmadi dan Mohamad Nor Afdlin Mohamad Iskandar.
Malaysia tampil lebih konsisten dalam dua set perlawanan untuk memastikan kemenangan straight set ke atas Singapura sekali gus mengutip kemenangan penting dalam saingan peringkat kumpulan.
Kejayaan itu dilihat memberi momentum awal kepada kem negara dalam usaha melangkah lebih jauh pada kejohanan berprestij dunia tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















