BERITA SEMASA

Remaja 13 tahun hilang sejak Sabtu, ibu rayu anak pulang segera

PUTRAJAYA – Seorang ibu tunggal merayu supaya anak perempuannya berusia 13 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah sejak Sabtu lalu segera pulang ke pangkuannya.

Nurul Insyirah Mohd Ishah berkata, anaknya, Nurin Nadhirah Barman keluar dari rumah mereka di Presint 6 pada pukul 10 malam selepas berlaku perselisihan faham kecil antara mereka.

Menurutnya, remaja yang bersekolah di Presint 18 itu pernah keluar rumah sebelum ini, namun akan pulang semula selepas beberapa ketika.

“Bagaimanapun kali ini dia masih belum balik sehingga sekarang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, laporan polis dibuat selepas hari ketiga kehilangan anaknya susulan pelbagai usaha pencarian dilakukan oleh keluarga.

Katanya, sehingga kini mereka masih gagal menghubungi Nurin apabila nombor telefon yang digunakan remaja terbabit tidak lagi aktif.

“Setakat ini belum ada sebarang berita mengenai dia. Bapanya di Johor Bahru juga sedang membantu mencari Nurin,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Insyirah berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai anaknya supaya tampil membantu dengan menghubunginya di talian 017-240 8249 atau memaklumkan kepada pihak polis.

“Saya cuma mahu dia pulang dengan selamat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button