POLITIK

Konvensyen PH 2024 jadi medan ‘paluan gendang perang’ pilihan raya

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) bakal mengadakan Konvensyen Pakatan Harapan Peringkat Kebangsaan 2024 pada 17 Mei ini di Persada Convention Centre, Johor Bahru bagi memantapkan kesiapsiagaan jentera parti itu.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, program yang dijadualkan berlangsung pada pukul 8 pagi hingga 4 petang itu bakal menghimpunkan lebih 3,000 perwakilan daripada tiga parti komponen utama iaitu KEADILAN, AMANAH, dan DAP.

“Ini merupakan konvensyen pertama dalam tempoh empat tahun dan akan menjadi paluan gendang perang pertama bagi Pakatan Harapan di peringkat kebangsaan dan sudah pasti akan meletakkan nada, ritma, gerak kerja bagi PH ke depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

Beliau berkata, konvensyen tersebut akan diisi dengan pelbagai agenda strategik termasuk forum sayap Wanita dan Pemuda, rakaman podcast, serta sesi perbahasan daripada wakil setiap negeri sebelum diakhiri dengan amanat utama oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button