BERITA SEMASA

PN larang ahli kritik parti komponen secara terbuka

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengingatkan semua pimpinan dan ahli parti komponennya agar tidak mengeluarkan sebarang kritikan secara terbuka terhadap mana-mana parti dalam gabungan itu secara semberono, sama ada melalui media atau saluran lain.

Setiausaha Agung PN, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebarang ketidakpuasan hati perlu disalurkan menerusi saluran parti masing-masing sebelum dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan secara musyawarah di peringkat PN.

Menurut beliau, kepimpinan PN kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada isu lebih besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

“Segala masalah dalaman parti pastinya akan diurus dan dikendalikan secara dalaman dengan lebih berkesan, bijaksana dan positif,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button