Rafizi, Nik Nazmi umum hala tuju politik pada 17 Mei
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka mengumumkan ‘hala tuju politik’ baharu mereka dalam satu majlis di Petaling Jaya, Ahad ini.
Menurut kenyataan media Rafizi, majlis itu akan berlangsung di PJ Performing Arts Centre, One Utama di Bandar Utama, 17 Mei ini.
“Tempoh setahun kebelakangan ini memberi ruang kepada kami berdua untuk mempertimbangkan pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor dalam menentukan hala tuju politik kami seterusnya.
“Saya menjemput rakyat Malaysia dari seluruh negara dan pelbagai latar belakang yang mahu memperkukuhkan gerakan politik progresif untuk hadir bersama ke acara ini,” kata kenyataan itu yang dimuat naik di Threads beliau.
Rafizi dan Nik Nazmi meletakkan jawatan daripada Kabinet, Mei tahun lalu selepas tewas dalam pemilihan parti PKR, dengan Rafizi gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden manakala Nik Nazmi tewas dalam usaha mengekalkan jawatan naib presiden.
Nik Nazmi kemudian berkata mereka tidak akan mengkhianati PKR walaupun melepaskan jawatan dalam kerajaan.
Rafizi sebelum ini berhujah bahawa anggota Kabinet juga perlu memegang jawatan kepimpinan parti bagi memastikan mereka membawa mandat akar umbi parti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















