Remaja kes tikam gadis 61 kali didakwa esok
KOTA BHARU – Salah seorang remaja berusia 19 tahun yang merupakan suspek utama kes pembunuhan seorang gadis di Kampung Simah, Ketereh di sini 1 Mei lalu akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, lapor Kosmo.
“Ya, suspek akan didakwa di mahkamah esok,” katanya.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang gadis, Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan maut dengan 61 tikaman sebelum jasadnya ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini.
Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati, kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






