13 remaja Kolej Vokasional bersalah bunuh rakan, seorang dipenjara seumur hidup
TAWAU – Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan terhadap seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh rakannya, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, tahun lalu.
Hakim Datuk Duncan Sikodol turut memerintahkan 12 lagi tertuduh yang masih di bawah umur dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.
Pada 22 Ogos lalu, semua 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34.
Menurut kertas pertuduhan, mereka dijatuhkan hukuman tersebut kerana membunuh mangsa di bilik asrama kolej pada pukul 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai ‘Ijat’, ditemui mati dipercayai dipukul beramai-ramai susulan perselisihan faham berhubung kehilangan wang milik dua tertuduh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








