Kes bunuh OKU: 2 rakan mangsa direman
BACHOK – Dua lelaki yang direman kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang disahkan meninggal dunia 15 April lalu adalah kenalan mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D9 IPK Kelatan menahan dua suspek berusia 25 tahun untuk siasatan lanjut, 10 Mei lalu.
“Kedua-dua suspek adalah kenalan kepada mangsa dan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek didapati negatif.
“Bagaimanapun, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait jenayah narkotik.
“Kedua-dua suspek direman enam hari pagi tadi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang OKU lembam yang juga pekerja pemasangan jubin ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan Ladang Merdeka Cherbu, Kampung Padang Lati, 14 April lalu.
Mangsa yang dipercayai dipukul bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian keesokan harinya dipercayai akibat trauma tumpul.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




