BERITA SEMASA

Jenan Orators SMSAH lakar kejayaan, raih Anugerah Perak Piala Perdana Menteri Kebangsaan

GOPENG – Pasukan debat Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), dikenali sebagai Jenan Orators, melakar kejayaan membanggakan apabila meraih Anugerah Perak pada Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Kebangsaan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) Zon Utara kali ke-51 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng semalam.

Pasukan itu dianggotai Emilie Umayra Fairul Ruwiadi, Nur Iman Eidriana Noor Hazlan, Muhammad Akid Ibrahim Ruzlan dan Muaz Hijjaz Muzamir.

Kejayaan itu turut diserikan dengan pencapaian cemerlang Muhammad Akid Ibrahim Ruzlan yang tersenarai dalam kelompok 10 pembahas terbaik kategori Bahasa Inggeris daripada keseluruhan 18 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Utara.

Malah, dia berjaya menduduki tempat kedua terbaik keseluruhan selepas dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik dalam empat pusingan perbahasan sepanjang pertandingan tersebut.

Jenan Oratos
Jenan Orators

Pengurus pasukan, Norazlina Ismail berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha berterusan serta disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang tempoh latihan dan pertandingan.

“Komitmen yang diberikan oleh setiap ahli pasukan amat membanggakan dan menjadi faktor utama kejayaan ini.

“Pertandingan ini bukan sahaja menguji keupayaan berhujah, malah membentuk keyakinan diri serta pemikiran kritis pelajar,” katanya di sini hari.

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Kebangsaan merupakan antara platform utama dalam mencungkil bakat pelajar sekolah berasrama penuh, selain menggalakkan budaya perbahasan dan wacana intelektual dalam kalangan generasi muda.

Kejayaan tersebut diharap dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan SMSAH dalam arena perbahasan di peringkat lebih tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button