BERITA SEMASA

Blok pentadbiran MRSM Pendang rosak dibadai ribut

CYBERJAYA – Blok pentadbiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang di Kedah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan, petang tadi.

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi.

Beliau dalam hantaran di Facebook turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan membabitkan pelajar.

“Saya dimaklumkan blok asrama, surau, blok akademik serta dewan makan tidak terjejas, malah bekalan elektrik di kawasan tersebut masih berfungsi seperti biasa.

“Namun, blok pentadbiran mengalami kerosakan yang agak teruk, melibatkan bilik guru, dewan kuliah, makmal komputer, bilik kaunselor serta bilik pendidikan seni, dan bekalan elektrik di blok ini telah terputus.

“Saya telah mengarahkan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan pelajar berada dalam keadaan selamat. Peruntukan Khas Darurat juga akan disalurkan bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan untuk memperbaiki segala kerosakan,” katanya dalam hantaran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button