Muat naik kandungan palsu terhadap SPRM: MCMC buka kertas siasatan terhadap seorang individu
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu di platform TikTok terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Menurut MCMC dalam satu kenyataan, individu berkenaan telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
“Satu unit peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut turut disita.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,” katanya hari ini.
Katanya, MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.
“Tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan terhadap manamana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.
“Orang ramai diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial dan media digital serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








