BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua anggota AADK direman empat hari bersabit kes rasuah RM2,000

ALOR SETAR – Dua anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan menyelesaikan kes narkotik.

Perintah reman bermula 10 hingga 13 Februari 2026 itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md. Ali selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, pagi semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan antara pukul 2 hingga 5 petang Isnin lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai kira-kira RM2,000 daripada seorang individu bagi menyelesaikan kes positif dadah saringan ujian air kencing,” katanya.

Salah seorang anggota AADK Kedah yang ditahan SPRM berhubung rasuah sebagai balasan menyelesaikan kes narkotik.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi Malaysia Tribune mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button