BERITA SEMASALUAR NEGARA

Seorang rakyat Malaysia maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan seorang rakyat Malaysia terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, proses membawa pulang jenazah mangsa ke tanah air sedang diuruskan oleh Konsulat Malaysia di Pontianak bersama ahli keluarga terdekat.

Mangsa dikenal pasti sebagai Patrick Kee Chuan Peng, 67 tahun.

“Ya, terdapat seorang rakyat Malaysia terlibat dalam insiden ini. Pihak konsulat di Pontianak bersama keluarga sedang menguruskan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Dalam kejadian itu, lapan individu dilaporkan maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di wilayah berkenaan.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui lokasi kejadian pada petang semalam di kawasan hutan berbukit dengan cerun curam, kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir pesawat dikesan.

Menurut Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Lukman F. Laisa, semua mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua kru, kesemuanya lelaki.

Helikopter jenis Airbus H130 milik syarikat tempatan, Matthew Air Nusantara itu dilaporkan terputus hubungan sekitar pukul 8.10 pagi waktu tempatan, selepas berlepas dari Melawi menuju ke Kubu Raya pada pukul 7.34 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button