Ribut landa Taman Mewah, beberapa rumah rosak dan tiang telekomunikasi tumbang
JOHOR BAHRU – Beberapa unit kediaman di Jalan Selendang 13, Taman Mewah di sini mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut hingga menyebabkan bumbung rumah diterbangkan angin.
Dalam kejadian petang tadi itu, sebuah tiang telekomunikasi turut tumbang dan menjejaskan beberapa unit kediaman.
Menurut calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani, sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu, beliau telah bergegas ke lokasi bagi meninjau sendiri keadaan mangsa serta tahap kerosakan yang berlaku.
“Saya telah menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Telekom Malaysia (TM) bagi memastikan tindakan segera diambil demi menjamin keselamatan penduduk serta mempercepatkan kerja-kerja pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penyelarasan dengan agensi berkaitan akan terus dilakukan bagi memastikan segala bentuk bantuan dan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Beliau turut mendoakan agar semua penduduk yang terjejas diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut, sambil memberi jaminan akan terus memantau perkembangan keadaan sehingga proses pemulihan selesai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















