BERITA SEMASA

MENTARI bantu 76 peratus pesakit psikiatri pulih, kembali bekerja

KUALA LUMPUR – Sebanyak 76 peratus pesakit psikiatri yang menyertai program sokongan pekerjaan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) berjaya dipulihkan dan kembali bekerja setakat Jun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, rawatan yang diberikan bukan sekadar mengurangkan gejala penyakit, tetapi turut membantu pesakit menjalani kehidupan harian dan kembali bekerja.

“Melalui pusat kesihatan mental masyarakat MENTARI, pesakit diberikan pelbagai bentuk sokongan, termasuk pemulihan, sokongan psikososial serta bantuan untuk kembali bekerja dan hidup berdikari.

“Ketika ini, terdapat 39 pusat MENTARI di seluruh negara,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Adnan berhubung potensi penggunaan ekstrak kanabis untuk rawatan kesihatan mental, Dzulkefly berkata, KKM terbuka kepada penyelidikan klinikal perubatan sekiranya ia bersandarkan bukti saintifik.

Beliau berkata bagaimanapun, KKM menolak sekeras-kerasnya pendekatan nyahjenayah penggunaan bahan tersebut secara menyeluruh setelah mengambil iktibar daripada krisis kesihatan awam yang berlaku di Thailand sebelum ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button