BISNES & EKONOMI

Forum Pasaran Modal & M&A 2026 kembali ke Kuala Lumpur, himpun pemimpin kewangan serantau

KUALA LUMPUR – Forum Pasaran Modal & Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) 2026: Edisi Malaysia anjuran ARC Group kembali buat kali ke empat sebagai platform memperkukuh kerjasama kewangan dan pelaburan rentas sempadan.

Forum yang akan berlangsung di Equatorial Plaza (EQ) Kuala Lumpur pada 7 Mei ini dijangka menghimpunkan pemimpin kanan daripada pelbagai sektor termasuk pelabur, penasihat undang-undang serta pemain industri dari seluruh Asia Tenggara.

forum
Forum Pasaran Modal & Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) 2026: Edisi Malaysia akan berlangsung pada 7 Mei ini.

Menurut ARC Group, penganjuran kali ini membina momentum kejayaan edisi 2025 yang menarik lebih 500 eksekutif kanan, selain memperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai hab penting dalam landskap pasaran modal serantau.

“Forum ini menyediakan platform eksklusif kepada pengasas, eksekutif tertinggi, pelabur dan penasihat profesional untuk bertukar pandangan, membina rangkaian strategik serta meneroka peluang pertumbuhan dalam persekitaran kewangan global yang semakin saling terhubung,” menurut ARC Group dalam satu kenyataan.

Tambahnya, edisi 2026 akan memberi penekanan lebih mendalam terhadap strategi pertumbuhan, pembentukan modal serta peluang pelaburan rentas sempadan di Asia dan peringkat global.

Forum tersebut bakal menampilkan ucaptama dan sesi panel yang dipimpin tokoh industri termasuk Hiren Krishnani dari Nasdaq yang akan berkongsi pandangan mengenai kesiapsiagaan penyenaraian awam (IPO) serta strategi menembusi pasaran modal global.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh peranan Asia Tenggara yang semakin berkembang sebagai pusat pelaburan rentas sempadan dan penciptaan nilai jangka panjang.

Dengan jangkaan penyertaan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, forum edisi Kuala Lumpur 2026 itu disasarkan menjadi yang terbesar dan paling berimpak.

Ia juga memperkukuh komitmen ARC Group dalam menyokong ekosistem kewangan Malaysia serta menghubungkan syarikat tempatan dengan peluang modal antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button