Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.3 trilion pada 2025
KUALA LUMPUR – Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.3 trilion tahun lalu berbanding RM4.2 trilion yang dicatatkan pada 2024 meningkat sebanyak 3.2 peratus.
Peningkatan ini didorong oleh terbitan bon korporat yang lebih tinggi serta pengukuhan aliran masuk dalam sektor pengurusan dana.
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, pasaran modal Malaysia masih menunjukkan daya tahan meskipun persekitaran yang tidak menentu.
“Keputusan bagi tahun 2025 mencerminkan kekuatan asas pasaran modal Malaysia.
“Dengan mengimbangi perkembangan pasaran sambil melindungi integriti pasaran, SC terus menyediakan persekitaran yang stabil dan inovatif untuk semua pihak berkepentingan,” katanya memetik Buletin TV3.
Beliau berkata demikian pada siang media Laporan Tahunan 2025 SC di sini, hari ini.
Tambah Mohammad Faiz, nilai dagangan purata harian dalam pasaran ekuiti Malaysia adalah RM2.76 bilion pada 2025.
Ia menurun 19.7 peratus daripada RM3.44 bilion pada 2024, disebabkan oleh sentimen pelabur yang berhati-hati.
“Pasaran Modal Islam kekal kukuh, berkembang sebanyak 4.31 peratus untuk mencapai RM2.7 trilion pada 2025.
“Aset di bawah pengurusan bagi industri pengurusan dana meningkat 6.9 peratus kepada paras tertinggi RM1.14 trilion, berdasarkan pulangan yang lebih baik untuk sekuriti pendapatan tetap dan penilaian yang lebih tinggi,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, jumlah dana yang diperoleh melalui pasaran modal melonjak 35.4 peratus kepada RM187.7 bilion.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















