BERITA SEMASA

Buah tidak terusik bongkar kematian wanita warga emas di rumah

SUNGAI PETANI – Misteri kehilangan seorang wanita warga emas yang tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu akhirnya terungkai selepas dia ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Berapit, Tikam Batu, di sini semalam.

Mangsa berusia 61 tahun yang dipercayai tinggal bersendirian dan tidak pernah berkahwin itu disedari jiran selepas timbul tanda pelik apabila buah yang dihantar ke rumahnya tidak terusik.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, keadaan itu menimbulkan kebimbangan apabila mangsa juga tidak kelihatan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Buah yang dihantar empat hari lalu masih ada dan tidak disentuh. Kami juga tidak nampak kelibatnya sejak beberapa hari lalu,” memetik laporan BH online.

Menurutnya, susulan kebimbangan tersebut, laporan polis dibuat bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan penemuan mayat wanita berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara empat hingga lima hari lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat.

“Kes masih dalam siasatan dan kita meneliti dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan wujud unsur jenayah,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button