AS dakwa sudah ambil langkah kawal Selat Hormuz
ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa, Washington telah mula mengambil langkah untuk mengawal Selat Hormuz susulan konflik berterusan dengan Iran.
Dalam temu bual bersama saluran Israel, Channel 14, beliau menyatakan keyakinan bahawa AS mampu menguasai laluan perairan strategik itu, malah menegaskan usaha ke arah itu sudah pun dilaksanakan.

“Ya, sudah tentu. Ia sudah pun berlaku,” katanya memetik laporan agensi berita Anadolu.
Trump dalam masa sama memaklumkan wujudnya penyelarasan yang amat rapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, khususnya dalam menangani isu berkaitan Iran.
“Penyelarasan itu sangat rapat. Kami mempunyai hubungan yang baik. Ia tidak boleh menjadi lebih baik,” katanya lagi.
Beliau turut berpandangan bahawa Tehran kini berada dalam tekanan dan berkemungkinan besar mahu mencapai satu perjanjian bagi meredakan konflik.
“Saya fikir mereka benar-benar mahu melakukannya. Sesiapa pun akan mahukan perjanjian jika anda sedang dihancurkan, bukan?” tegasnya.
Sejak 28 Februari lalu, AS dan sekutunya, Israel dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas Iran yang mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke arah Israel serta beberapa negara lain termasuk Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS sekali gus menyebabkan kematian, kerosakan infrastruktur serta gangguan kepada pasaran global dan operasi penerbangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







