ISF mula beroperasi di Gaza – Trump
WASHINGTON – Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di Gaza sudah mula beroperasi dan akan menerima penyertaan lebih banyak negara.
Perkara itu dimaklumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam satu sidang media di Oval Office, semalam lapor Reuters.
“Semakin banyak negara akan menyertainya. Mereka sudah terbabit, tetapi akan menghantar sejumlah anggota tentera yang diminta,” katanya.
Beliau trut memberitahu, pentadbirannya juga sedang meneliti sama ada Israel melanggar gencatan senjata di Gaza dengan membunuh seorang pemimpin Hamas, Sabtu lalu.
Laporan media sebelum ini menyebut, Malaysia akan memberi pertimbangan sewajarnya jika ditawarkan untuk menyertai ISF di Gaza.
ISF bukan misi pengaman tradisional di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebaliknya pasukan penstabilan dengan mandat operasi berbeza.
Pada November lalu, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) meluluskan cadangan penubuhan ISF bagi membantu memulihkan keselamatan dan kestabilan di Gaza.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








