BERITA SEMASA
PETRONAS nafi terlibat perjanjian bekalan bahan api di Filipina
KUALA LUMPUR – PETRONAS menafikan penglibatan dalam laporan media berhubung cadangan perjanjian pembekalan bahan api melibatkan sebuah unit kerajaan tempatan di Filipina.
Dalam kenyataan, syarikat minyak dan gas nasional itu memaklumkan pihaknya tidak mengetahui mahupun terlibat dalam sebarang urusan berkenaan, serta tidak membuat sebarang perjanjian atau komitmen berkaitan.
Menurut PETRONAS, fokus utama syarikat ketika ini adalah memastikan bekalan bahan api di Malaysia kekal stabil dan berterusan.
“Keutamaan ini disokong rangkaian bekalan sedia ada yang kukuh serta kerjasama rapat dengan kerajaan,” katanya dalam kenyataan ringkas.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















