Woods didakwa memandu di bawah pengaruh selepas kemalangan
MIAMI – Legenda golf dunia, Tiger Woods didakwa memandu di bawah pengaruh (DUI) selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran kediamannya di Florida, Amerika Syarikat, Jumaat lalu.
Dalam kejadian di kawasan perumahan di Jupiter Island itu, kenderaan dipandu Woods dilaporkan melanggar sebuah trak ketika cuba memotong sebelum terbalik dan berhenti di tepi jalan.
Menurut pihak berkuasa, Woods tidak mengalami kecederaan serius namun ditahan di lokasi kejadian bagi siasatan lanjut.
Sherif Daerah Martin, John Budensiek berkata, pemain golf berusia 50 tahun itu menunjukkan tanda-tanda berada di bawah pengaruh, meskipun lulus ujian pernafasan yang dijalankan.
“Bagaimanapun, beliau enggan menjalani ujian air kencing dan berdasarkan pemerhatian serta penilaian pakar, terdapat syak wasangka bahawa beliau berada di bawah pengaruh bahan tertentu,” memetik BuletinTv3 online.
Woods turut didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh serta menyebabkan kerosakan harta benda.
Menurut Budensiek, undang-undang di Florida membenarkan individu menolak ujian tertentu, namun tindakan tersebut boleh memberi kesan terhadap prosiding undang-undang.
Kes berkenaan menambah senarai kontroversi membabitkan Woods, yang sebelum ini pernah berdepan isu sama, sekali gus mencalar reputasinya sebagai antara ikon sukan golf dunia.
Perkembangan lanjut kes itu dijangka akan ditentukan menerusi prosiding mahkamah dalam masa terdekat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








