Pembangkang mohon Sidang Khas Dewan Rakyat bincang implikasi perang Iran
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dari Blok Pembangkang memohon diadakan Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan secara menyeluruh kesan konflik di Iran terhadap Malaysia dan ekonomi global.
Kenyataan itu dikongsikan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin di Facebook hari ini, selepas pelbagai persoalan dan reaksi timbul dalam kalangan rakyat susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Beliau menjelaskan, bagi pihak Ahli Dewan Rakyat Blok Pembangkang, surat rasmi telah dihantar kepada Perdana Menteri memohon pertimbangan untuk memanggil Sidang Khas mengikut Perkara 11(3) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam kadar segera.
“Sidang ini bertujuan membolehkan implikasi peperangan di Iran, serta kesannya terhadap Malaysia dan ekonomi global, dibincang dan dibahas secara komprehensif,” kata beliau.
Hamzah menegaskan, permintaan itu mencerminkan komitmen Blok Pembangkang untuk memastikan negara sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran ekonomi semasa termasuk aspek keterjaminan makanan, kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















