BERITA SEMASA

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang meninggal dunia

SERDANG – Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Shahnaz Akhtar Haji meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10 pagi akibat serangan jantung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian tersebut.

Menurut beliau, Allahyarham sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

“Allahyarham meninggal dunia pada usia 51 tahun dan telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 30 tahun,” memetik Sinar online.

Tambahnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada warga Polis Kontinjen Selangor.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button