Fitnah Hospital Bukit Mertajam, laporan polis dibuat terhadap akaun FB Hamly Hadi
BUTTERWORTH – Satu laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna Facebook bernama Hamly Hadi yang telah membuat kenyataan berbaur fitnah berhubung Hospital Bukit Mertajam.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Rosly Yusof berkata, kenyataan tersebut yang mendakwa Hospital Bukit Mertajam akan di pindahkan agar tidak menganggu kuil adalah fitnah.
“Saya menegaskan jika anda mahu melawan kuil haram kah kuil halal kah kuil Sulaiman kah itu kamu punya pasal, saya tidak ada sebarang masalah untuk itu, silakan.
“Tetapi kenyataan mengatakan Hospital Bukit Mertajam hendak di pindahkan kerana tidak mahu menganggu kuil adalah satu kenyataan yang berniat jahat, fitnah dan cubaan untuk menrencatkan usaha pihak hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan bangunan tambahan yang baru.
“Hospital Bukit Mertajam adalah salah sebuah hospital yang terlalu padat dengan pesakit bukan saja untuk penduduk Bukit Mertajam tetapi ianya juga daripada beberapa daerah termasuk penduduk Kulim, Kedah juga datang medapatkan khidmat di hospital ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Rosly berkata, usaha untuk mendapatkan bangunan tambahan baharu telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak hospital dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) sehingga ia membuah hasil awal apabila kerajaan negeri bersetuju untuk memberi lapan ekar tanah bersebelahan hospital yang sedia ada.
“Sudah sekian lama warga Bukit Mertajam terutamanya kakitangan hospital menanti bangunan tambahan yang baharu supaya dapat menampung jumlah pesakit yang terlalu padat di hospital ini.
“Jangan kerana berbeza fahaman politik sanggup menghampakan usaha yang telah kami buat untuk masyarakat di Bukit Mertajam.
“Nak lawan kuil haram atau kuil halal silakan kan kami tiada halangan tetapi jangan fitnah Hospital Bukit Mertajam.
“Hospital Bukit Mertajam adalah milik rakyat. Usaha membina bangunan tambahan baharu adalah demi kesejahteraan semua pesakit tanpa mengira kaum dan agama.
“Kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook ini,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















