BERITA SEMASALUAR NEGARA

Benjamin Netanyahu muncul, tolak dakwaan meninggal dunia

BAITULMAQDIS – “Saya masih hidup dan anda menjadi saksi.”

Itu kenyataan sinis Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika muncul dalam sidang media bersama wartawan asing, semalam bagi menepis dakwaan kononnya beliau terbunuh dalam serangan balas Iran.

Menurutnya, khabar angin mengenai kematiannya hanyalah berita palsu sebelum beliau memulakan taklimat berhubung Operasi Roaring Lion.

Media antarabangsa melaporkan, operasi itu merupakan sebahagian daripada tindakan ketenteraan besar-besaran Israel untuk melemahkan Iran, termasuk menyasarkan sistem pertahanan, peluru berpandu dan dron negara berkenaan.

Netanyahu mendakwa operasi tersebut telah memberi “impak besar” terhadap aset serta keupayaan ketenteraan Iran.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Israel bertindak dengan sokongan padu Amerika Syarikat (AS), selain hubungan strategik yang terus diperkukuh di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Katanya, ada serangan dilakukan secara bersendirian, manakala sebahagian lagi dilaksanakan dengan penyelarasan bersama Washington.

Beliau turut mendakwa terdapat tanda jelas kepimpinan Iran kini semakin lemah susulan siri serangan yang dilancarkan sejak konflik tercetus.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa hari spekulasi tular di media sosial yang mendakwa beliau maut dalam serangan balas Iran.

Operasi Roaring Lion dijangka diteruskan dalam tempoh terdekat dengan sasaran utama terhadap infrastruktur ketenteraan Iran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button