Penjawat awam rugi lebih RM160,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
KUANTAN – Seorang penjawat awam mengalami kerugian besar selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud, dipercayai didalangi individu dikenali melalui media sosial.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai, berkata suspek menawarkan peluang pelaburan selepas sebulan berkenalan menerusi Facebook dan mendakwa dirinya mampu membantu dalam urusan pengeluaran keuntungan.
“Pada peringkat awal, mangsa menerima pulangan RM2,000 sebelum suspek terus meminta bayaran tambahan termasuk RM57,000 dan RM10,000 dengan pelbagai alasan tanpa sebarang pulangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa yang menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada ahli keluarga serta bank telah melakukan lapan transaksi ke lima akaun syarikat dari 12 Februari hingga 4 Mac lalu.
“Sepanjang tempoh itu, mangsa hanya berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan panggilan video. Nombor kad pengenalan diberikan wanita itu disyaki palsu,” katanya
Kim Wai menambah, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap kenalan dalam talian yang menawarkan pelaburan dengan pulangan lumayan dalam masa singkat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








