LUAR NEGARA

Pengikut Tarekat Syattariyah di Aceh sambut Aidilfitri hari ini

JAKARTA – Ribuan pengikut Tarekat Syattariyah di wilayah Aceh menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini, lebih awal berbanding tarikh rasmi yang ditetapkan kerajaan Indonesia.

Sambutan itu berlangsung di Kabupaten Nagan Raya apabila para pengikut menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Peuleukung, Kecamatan Seunagan Timur selepas melengkapkan ibadah puasa selama 30 hari.

Bupati Nagan Raya, Teuku Raja Keumangan berkata, kumpulan berkenaan menentukan tarikh Aidilfitri menggunakan kaedah tradisional dikenali sebagai ‘Hisab Bilangan Lima’ yang telah diamalkan sejak lebih 200 tahun lalu.

“Kaedah ini digunakan secara turun-temurun di Nagan Raya,” katanya seperti dilaporkan agensi berita ANTARA.

Menurut beliau, perbezaan dalam penentuan tarikh Aidilfitri adalah perkara biasa di Indonesia kerana terdapat kelompok umat Islam yang bergantung kepada cerapan anak bulan, manakala sebahagian lain menggunakan kaedah hisab.

Tambahnya, sambutan lebih awal itu mencerminkan tradisi keagamaan yang telah lama berakar di Aceh, khususnya di Nagan Raya dan masih kekal diamalkan hingga kini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button