Penjawat awam Perak terima bantuan khas RM1,500 sempena Aidilfitri
IPOH – Kerajaan negeri Perak akan memberikan Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan itu akan diagihkan pada 16 Mac nanti, lapor Buletin TV3
“Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2026 itu akan diagihkan kepada ahli ex-officio, guru lantikan negeri, ketua daerah, pegawai kontrak perkhidmatan dan kakitangan skim jangka pendek seperti MySTEP.
“Selain itu, guru-guru KAFA dan pengerusi jawatankuasa pembangunan kampung tradisional akan menerima kadar tetap RM500,” katanya ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama penjawat awam di Laman Seri Ridzuan, di sini hari ini.
Beliau kemudiannya berkata, secara keseluruhannya, 11,261 penjawat awam akan mendapat manfaat itu.
Jelas beliau, kedudukan kewangan negeri yang kukuh serta hasil kutipan hasil yang mantap daripada pelbagai jabatan membolehkan bantuan berkenaan disalurkan.
Sehubungan itu, Saarani menggesa penjawat awam untuk kekal produktif sepanjang Ramadan ini.
Beliau berkata, mesyuarat exco mingguan akan diteruskan seperti biasa pada hari Rabu kerana perkara berkaitan kewangan dan tanah mesti diproses dengan cekap.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








