Pengasuh didakwa bunuh bayi lelaki
BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita yang bekerja sebagai pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki pada 9 Mac lalu.
Tertuduh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Rasyidah Mohd Akit, tanpa sebarang pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menyebabkan kematian seorang bayi lelaki di sebuah lokasi dalam daerah ini pada tarikh berkenaan.
Sebelum prosiding bermula, tertuduh dilihat tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan diiringi seorang lagi wanita yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.
Wanita berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah dan dijangka akan menjadi saksi pendakwaan.
Kes dikendalikan oleh pihak pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan berkaitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








