Iran sahkan kematian Ali Larijani
TEHRAN – Iran mengesahkan Ketua Keselamatannya, Ali Larijani terkorban dalam satu serangan udara yang didakwa dilancarkan oleh Israel, sekali gus menambah tekanan terhadap kepimpinan negara itu.
Kematian beliau disifatkan sebagai satu lagi kehilangan besar buat Iran selepas kematian pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei, memetik laporan agensi berita antarabangsa.
Khamenei terbunuh dalam serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang mencetuskan konflik di Asia Barat awal bulan ini.
Larijani yang dikenali sebagai antara sekutu rapat Khamenei, memainkan peranan penting dalam menyelaras tindak balas Iran sepanjang konflik tersebut.
BACA JUGA:
Israel dakwa berjaya bunuh Ali Larijani, ketua militia Basij
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran dalam satu kenyataan memaklumkan, Larijani telah mengabdikan seluruh hidupnya demi kemajuan negara dan Revolusi Islam sebelum ‘mencapai kemuliaan syahid di medan khidmat’.
Dalam perkembangan berkaitan, Israel dilaporkan berikrar untuk menumpaskan Pemimpin Tertinggi Iran ketika ini, Mojtaba Khamenei yang mengambil alih kepimpinan selepas kematian bapanya pada 28 Februari lalu.
Sementara itu, Speaker Parlimen Iran memberi amaran bahawa pergerakan kapal di Selat Hormuz tidak akan kembali normal seperti sebelum konflik tercetus.
Presiden AS, Donald Trump pula mengkritik sekutu yang enggan menyokong cadangannya untuk mengiringi kapal tangki minyak melalui laluan strategik berkenaan yang kini terjejas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








