BERITA SEMASA

Yayasan Sultan Ibrahim Johor agih 700 bakul makanan, set manisan untuk rakyat

JOHOR BAHRU – Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan usaha murni membantu golongan memerlukan dengan mengagihkan sebanyak 700 bakul makanan dan set manisan kepada penduduk serta ahli Pertubuhan Peladang di sekitar Johor Bahru kelmarin.

Program bantuan itu dijalankan dalam dua sesi berasingan bagi memastikan agihan lebih tersusun dan menyeluruh.

Yayasan Sultan Ibrahim
Sebahagian penerima bakul makanan sempena Aidilfitri sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Sesi pertama diadakan di Dewanraya Kempas Baru melibatkan komuniti Kempas, di mana 400 bakul makanan dan set manisan telah diserahkan kepada penduduk.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengurus Kanan YSIJ, Shah Reza Md Kanafe serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Nurul Amin Abd Rahaman.

“Bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas serta set manisan ini diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup para penerima bantuan lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan ini dan Aidilfitri yang akan menjelang,” menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim.

Sesi kedua pula berlangsung di The Avenue M, Straits View bersempena Majlis Berbuka Puasa Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Selatan.

Sebanyak 300 bakul makanan dan set manisan diagihkan kepada ahli pertubuhan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi AJP PPK Johor Bahru Selatan, Datuk Abd Aziz Sapian bersama Shah Reza Md Kanafe.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button