JENAYAH & MAHKAMAH

Hilang sejak 9 Mac, polis minta bantuan orang ramai kesan Nur Dinie

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang sejak 9 Mac lalu dan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asistan Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan mengenai kehilangan wanita itu diterima pada pukul 12.16 tengah hari.

Menurutnya, wanita berkenaan dikenali sebagai Nur Dinie Sani Hasrul Sani.

“Wanita itu mempunyai ketinggian kira-kira 154 hingga 155 sentimeter dengan berat badan sekitar 48 hingga 49 kilogram serta berbadan kurus.

“Ketika kali terakhir dilihat, dia dipercayai memakai tudung hitam, blazer hitam dan seluar panjang berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, lokasi terakhir wanita terbabit dilaporkan di A-15-05, Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat, di sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairul Azwan Yundis di talian 013-4480997 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button