Dua warga asing direman seminggu bantu siasatan kematian pelajar terkena sabit
TELUK INTAN – Dua warga asing direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar kolej vokasional yang lehernya terhiris sabit bergagang panjang.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, mahkamah majistret hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman kedua-dua suspek sehingga 16 Mac.
BACA JUGA:
Pelajar kolej maut leher terkena sabit
“Kedua-dua suspek berusia 39 dan 52 tahun direman bermula hari ini hingga 16 Mac bagi membantu siasatan,” katanya, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta denda.
Semalam seorang pelajar kolej vokasional berusia 18 tahun dilaporkan maut selepas lehernya terhiris oleh sabit bergagang panjang dalam satu kemalangan membabitkan dua motosikal di Batu 4, Kampung Selabak.
Mangsa, Adham Faisal dari Sungai Petani, Kedah, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada leher.
Bakri berkata, kejadian berlaku apabila sabit bergagang panjang yang dibawa seorang lelaki di atas motosikal lain terkena leher mangsa ketika kedua-dua motosikal tersebut berselisih.
“Ketika kejadian, motosikal mangsa dan warga asing yang membawa sabit itu berada sangat dekat antara satu sama lain.
“Mangsa terjatuh ke atas jalan selepas terkena alat tersebut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







