Permohonan Tahun Satu bagi kanak-kanak 5 tahun terima sambutan positif
KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan Tahun Satu pada usia enam tahun menerima sambutan positif daripada ibu bapa.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, setakat semalam, sebanyak 351,789 permohonan bagi sesi 2027 direkodkan, termasuk 51,457 kanak-kanak berumur lima tahun.
“Ini menggambarkan keyakinan ibu bapa terhadap kesediaan anak-anak serta keluasan sistem yang diperkenalkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Negara, hari ini.
Sehubungan itu, bagi menyokong pelaksanaan kemasukan berkenaan, kerajaan akan mempertingkatkan akses pendidikan prasekolah melalui perluasan kemudahan di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional, kolej matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru (IPG).
“Pada masa ini, terdapat 10,514 kelas prasekolah di 6,469 institusi dan kerajaan merancang menambah 150 kelas baharu pada 2025 serta 350 lagi pada 2026, menjadikan kapasiti keseluruhan prasekolah kerajaan sebanyak 256,894 tempat dengan enrolmen semasa 217,041 murid,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















