Perang Iran-Israel: Britain, Perancis, Jerman sedia bantu AS
LONDON – Britain bersama Perancis dan Jerman menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘tindakan pertahanan yang perlu dan seimbang’ terhadap Iran susulan peningkatan ketegangan di rantau Asia Barat.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, ketiga-tiga negara itu menegaskan komitmen untuk mempertahankan kepentingan masing-masing serta sekutu mereka di rantau berkenaan.
“Ia berpotensi membolehkan tindakan pertahanan yang perlu dan seimbang bagi memusnahkan keupayaan Iran melancarkan peluru berpandu dan dron,” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan tersebut, kerjasama sedang diperkukuh dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu serantau dalam menangani ancaman berkenaan.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, memaklumkan bahawa London telah menerima permintaan AS untuk menggunakan pangkalan British bagi tujuan pertahanan yang khusus dan terhad.
Beliau berkata, jet pejuang Britain kini sedia sebagai sebahagian daripada operasi pertahanan terselaras untuk memintas serangan Iran.
“Rakan kongsi kami di Teluk telah meminta kami melakukan lebih banyak bagi mempertahankan mereka,” katanya.
Menurut Starmer, satu-satunya cara untuk menghentikan ancaman itu adalah dengan memusnahkan peluru berpandu di sumbernya, termasuk di depoh simpanan atau pelancar yang digunakan untuk melancarkannya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Britain tidak terlibat dalam serangan awal ke atas Iran dan tidak akan menyertai tindakan ofensif buat masa ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








