BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pelancong China lemas ketika snorkeling di Pulau Perhentian

BESUT – Hasrat seorang pelancong warga China untuk menikmati keindahan dasar laut Pulau Perhentian berakhir tragedi apabila lelaki berusia 68 tahun itu dipercayai lemas ketika menjalani aktiviti snorkeling di Teluk Keke, Pulau Perhentian Besar, semalam.

Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti air bersama rakan-rakannya sebelum orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa kira-kira jam 11.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia.

Menurut beliau, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini. Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat yang dijalankan pada jam 9.05 pagi tadi.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian sebagai immersion-related death, iaitu kematian akibat lemas atau komplikasi berkaitan aktiviti dalam air. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai khususnya pelancong agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik serta mematuhi arahan keselamatan ketika menjalani aktiviti laut.

Siasatan kes berkenaan telah selesai dan disahkan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button