Nahas Elmina: Laporan awal dikeluarkan Jumaat ini
KLANG – Laporan awal nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, akan dikeluarkan Jumaat ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan yang akan dibentangkan itu adalah mengenai analisis data rakaman suara selama 30 minit daripada ‘memory puck’ dalam perakam suara kokpit (CVR) pesawat berkenaan.
“Kita akan keluarkan laporan awal pada Jumaat ini, 15 September,” kata Anthony.
Beliau berkata demikian kepda pemberita selepas merasmikan Kongres Wanita DAP di grand Centro Ballroom, di sini hari ini.
Nahas pesawat peribadi itu mengorbankan 10 nyawa, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun dan tujuh yang lain dalam pesawat malang berkenaan.
Insiden turut mengorbankan dua mangsa yang sedang melalui kawasan kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








