BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

99 Speed Mart sumbang 15,000 bakul perayaan bernilai RM700,000

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina 2026, 99 Speed Mart terus menzahirkan komitmen dalam tanggungjawab sosial korporat dengan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan di seluruh negara.

Rangkaian pasar raya mini terkemuka itu telah menyumbang lebih 15,000 set bakul perayaan bernilai keseluruhan melebihi RM700,000, melalui kerjasama strategik bersama Pejabat Menteri Besar, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Negeri serta rumah-rumah kebajikan.

Bakul makanan tersebut mengandungi pelbagai barangan keperluan asas untuk persiapan perayaan termasuk beras, biskut, bihun, minuman manis, tepung gandum, gula, kordial, kurma dan beras ketupat.

99 Speed Mart
Ketua Pegawai Operasi 99
Speedmart Yong Eng Kwang (kiri) menyerah 600 set bakul perayaan Aidilfitri kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk disumbangkan kepada golongan asnaf.

Menurut Ketua Pegawai Operasi 99 Speedmart, Yong Eng Kwang, inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong kesejahteraan masyarakat, terutamanya golongan memerlukan, agar mereka dapat membuat persiapan sambutan perayaan dengan lebih sempurna.

“Pada masa yang sama, ia juga sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang terus memberikan kepercayaan kepada 99 Speedmart sebagai destinasi utama pembelian barangan keperluan harian.

“Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memperkukuh tanggungjawab sosial korporat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,” katanya.

99 Speed Mart
Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Perayaan Sempena Aidilfitri 2026 anjuran 99 Speed Mart disempurnakan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang memberi manfaat kepada 300 golongan asnaf memerlukan.

Yong menambah,sumbangan berkenaan diharap dapat menceriakan sambutan perayaan keluarga kurang berkemampuan, sekaligus memberi peluang kepada mereka menikmati kegembiraan bersama insan tersayang.

“Selaras dengan nilai teras syarikat, 99 Speedmart sentiasa percaya bahawa semangat perpaduan, keprihatinan dan kebersamaan dapat diperkukuhkan melalui amalan berkongsi rezeki, sejajar dengan nilai-nilai murni yang dibawa oleh kedua-dua perayaan ini,” katanya.

99 Speed Mart
99 Speed Mart menyemarakkan
semangat kebersamaan sempena Tahun Baharu Cina melalui lawatan ke 31 pusat kebajikan di 11 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kini memiliki lebih 3,000 cawangan dan disenaraikan di papan Utama Bursa Malaysia, 99 Speedmart terus berkembang menjadi salah satu rangkaian peruncitan paling ikonik dengan fokus kepada kemudahan pengguna dan harga berpatutan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button