Fourkay Gold perkukuh peranan sosial, santuni anak yatim sempena Ramadan
PUTRAJAYA – Fourkay Gold, syarikat peneraju industri pembelian emas gadaian di Malaysia dan penerima pertama Sijil Kepatuhan Syariah dalam sektor ini, terus menekankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penganjuran program santunan anak-anak yatim sempena Ramadan dan persiapan Aidilfitri.
Program yang berlangsung kelmarin itu memberi manfaat kepada 39 anak yatim daripada Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih melalui beberapa inisiatif utama termasuk sumbangan pakaian Aidilfitri, pemberian duit raya serta majlis berbuka puasa di Le Méridien Putrajaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Fourkay Gold, Mohamad Sanusi Mohd Isa berkata, sebagai syarikat pertama dalam industri pembelian emas gadaian yang memiliki Sijil Kepatuhan Syariah, pihaknya memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan setiap kejayaan perniagaan memberi manfaat kepada masyarakat.
“CSR bukan sekadar inisiatif bermusim, tetapi sebahagian daripada falsafah korporat kami bahawa perniagaan yang berkat adalah perniagaan yang memberi manfaat. Kami melihat kepentingan membantu golongan yang memerlukan, terutama dalam bulan mulia dan menjelang Syawal,” katanya.

Beliau menekankan bahawa pendekatan berteraskan syariah bukan hanya dalam struktur transaksi dan operasi syarikat, malah diterjemahkan dalam budaya organisasi yang menekankan nilai ihsan, empati dan kesejahteraan komuniti.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus, berkata jualan dan pelanggan syarikat mencatat peningkatan 70 peratus, iaitu pertumbuhan terbaik sejak tahun 2025.
Beliau turut berkongsi perancangan perluasan perniagaan melalui Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pihak kerajaan dan koperasi pada suku ketiga tahun ini serta kerjasama yang sedang dibincangkan dengan beberapa institusi kewangan termasuk bank.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Yayakem, Datuk Mohd Alias Mat Saman, menyifatkan penglibatan Fourkay Gold memberi sinar harapan kepada anak-anak yatim.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Fourkay Gold kerana memilih Yayakem. Barisan pengurusan yang muda tetapi berjaya ini memberi inspirasi. Saya yakin rezeki syarikat akan bertambah melalui doa anak-anak yatim,” katanya.
Sebagai perintis dalam pensijilan kepatuhan syariah bagi sektor pembelian emas gadaian, Fourkay Gold menetapkan piawaian baharu dari segi ketelusan harga, penilaian emas, struktur transaksi yang adil, tadbir urus korporat beretika serta operasi patuh syariah.
Sehingga kini, syarikat beroperasi di IOI Conezion Commercial, Putrajaya dan telah membantu lebih 30,000 pelanggan di seluruh negara mendapatkan solusi kecairan tunai secara selamat, profesional, dan bertanggungjawab.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








