BERITA SEMASA

LHDN perkasa komuniti pedalaman menerusi program CSR di Jerantut

JERANTUT – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) meneruskan usaha memperkasa komuniti melalui penganjuran Program CSR Team LHDN Prihatin Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Gusai, Hulu Tembeling, Jerantut.

Menurut LHDN dalam kenyataan semalam, program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang itu bertemakan “Sukan dan Keceriaan” serta menyalurkan sumbangan tunai untuk menaik taraf fasiliti sekolah dan membantu penduduk kampung.

Antara aktiviti diadakan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, menceriakan Bilik Digital, Program Sahabat LHDN bersama murid-murid SK Gusai, pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR), rewang ‘Kenduri Sekampung Gusai’, kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan Ke-68 serta pelbagai acara sukan dan rekreasi penduduk.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN, Khairul Halimin Abdul Halim.

Turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Shaharrudy Othman, Pengarah Negeri LHDN Pahang, Amilin Mahir, Pemangku Guru Besar SK Gusai, Mohd Hanif Md Desa dan pengurusan kanan LHDN.

Khairul Halimin berkata, pihaknya komited menyantuni masyarakat di kawasan pedalaman agar tidak tercicir daripada arus kemodenan.

Menurut LHDN, program itu adalah sebahagian usaha berterusan agensi itu mendekati komuniti khususnya di kawasan terpencil dan melestarikan tanggungjawab sosial korporat ke arah membentuk masyarakat prihatin sejajar aspirasi negara MADANI.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button