POLITIK

8 ADUN Perlis tarik balik sokongan kepada MB?

CYBERJAYA – Lapan wakil rakyat di Perlis didakwa menarik balik sokongan mereka terhadap Menteri Besar, Shukri Ramli dari parti PAS.

Laporan portal FMT yang memetik sumber Perikatan Nasional (PN) berkata, lapan wakil rakyat itu telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Jumaat lalu, dengan menyatakan mereka tidak lagi menyokong Shukri.

Menurut sumber itu, lima daripada mereka adalah wakil rakyat BERSATU iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Marzita Mansor (Sena).

“Selain itu, tiga wakil rakyat PAS daripada kerusi Chuping, Bintong, dan Guar Sanji juga dikatakan menarik sokongan terhadap Shukri,” kata laporan tersebut.

Ketiga-tiga kerusi itu disandang Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Gan Ay Ling, satu-satunya wakil PKR di DUN Perlis, turut dipercayai menyerahkan deklarasi bertulis kepada Raja Perlis.

Terdahulu, Shukri dilaporkan dimasukkan ke hospital di ibu negara setelah mengadu mengalami sesak nafas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button